Wednesday, January 5, 2011

Adakah Datuk Lee Chong Wei akan Turut Sama Keluar BAM?


Bermula semalam Kejohanan Masters Final super series telah berlangsung di Taiwan. Pemergian Lee Chong Wei kali ini tidak ditemani jurulatihnya iaitu Misbun Sidek. Namun misi untuk mempertahankan kejuaraan yang pernah dimenanginya tahun lepas akan tetap diteruskan walaupun tanpa jurulatihnya.

Sebelum pemergian Lee Chong Wei ke kejohanan itu, beliau ada berkira2 untuk mengikut jejak langkah jurulatihnya untuk meninggalkan BAM. Ini kerana sekiranya tanpa Misbun untuk melatihnya mungkin akan mejejaskan prestasi permainannya. Oleh itu, beliau berkata akan tetap menunaikan hajatnya untuk bersama2 dengan jurulatihnya keluar dari BAM. Sekiranya beliau berlatih dengan jurulatih yang baru, sedikit sebanyak akan memerlukan tempoh penyesuaian diri dengan corak latihan yg baru. Ianya akan merugikan masa dan mengganggu misi untuk menggapai Emas pertama di Olimpik London 2012 nanti.

Oleh itu, hasratnya itu akan tetap diteruskan sekiranya tiada jalan penyelesaian diantara BAM dan Misbun Sidek. Pertemuan antara Presiden BAM dengan Misbun Sidek juga tidak menampakkan jalan keluar yang baik. Sememangnya sesuatu tersimpan di lubuk hati Misbun yang dikatakan agak kecewa dengan pegawai dari BAM.

Adakah Datuk Lee Chon Wei akan mempertahankan kejuaraan tersebut dan dapat mengenepikan masalah yang dihadapi sekarang ini???

Adakah Datuk Lee Chong Wei akan meninggalkan BAM sekembalinya beliau dari kejohanan tersebut???

Sama2 lah kita nantikan kesudahan episod 'Perletakan Jawatan Misbun Sidek' tidak berapa lama lagi...

Sekian,..'Majulah Sukan Untuk Negara'

Tuesday, January 4, 2011

Bun Kembali Ke Nusa Mahsuri??



Bun watak di dalam animasi Anak2 Sidek yang amat diminati suatu ketika dahulu adalah merupakan diri sebenar Datuk Misbun Sidek. Merupakan abang sulung kepada 4 orang adiknya yang lain iaitu ajeb,alan,aman dan adul yang kesemuanya dididik oleh Haji Sidek untuk bermain badminton. Kelab Nusa Mahsuri pernah melahirkan atlet badminton handalan negara seperti Rashid sidek, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim. Namun, dewasa ini dalam dunia sukan tanah air digemparkan dengan perletakan jawatan Misbun sidek daripada jawatan yang disandang iaitu jurulatih perseorangan negara yang bertanggungjawab membawa Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain n01 dunia. Kini Misbun dikatakan akan kembali ke kelab lamanya iaitu Nusa Mahsuri dimana beliau pernah menjadi jurulatih kelab itu sejak 1996. Penasihat Nusa Mahsuri, Jalani Sidek baru2 ini ada menyatakan bahawa Datuk Misbun hanyalah pinjaman kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bila2 masa akan kembali semula ke Nusa Mahsuri. Beliau juga mengalu-alukan hasrat Lee Chong Wei untuk menyertai kelab tersebut. Jalani sidek juga ada menyebut bahawa Misbun mungkin kecewa dengan tindakan seorang pegawai BAM yang mengatakan abangnya itu telah berputus asa. Akhir kata daripada Jalani 'Kalau Lee Chong Wei keluar saya pasti ramai lagi pemain akan keluar dari BAM'.

Nampaknya kemelut ini pastinya berpanjangan sekiranya tiada jalan penyelesaian dilakukan diantara kedua2 belah pihak. Hari ini dkatakan Presiden BAM akan bejumpa dengan Misbun untuk mendapatkan penjelasan dari beliau.Mungkinkah Misbun akan menarik kembali perletakan jawatanya?? atau mungkinkah benar dikatakan Jalani bahawa Misbun akan kembali ke Nusa Mahsuri??

Nantikan kesudahannya kelak...'Majulah Sukan Untuk Negara'

Monday, January 3, 2011

Datuk Misbun Sidek Letak Jawatan??


Skuad badminton negara terutama BAM mengalami tamparan hebat apabila jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun sidek telah meletakkan jawatannya serta merta daripada jawatan yang disandang olehnya sebelum ini. Apakah puncanya beliau meletak jawatan?.. Mungkinkah ada kena mengena dengan krisis dalaman BAM?.Namun begitu, Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahamd ShaberyCheek mahu berjumpa dengan Datuk Misbun Sidek untuk mengetahui lebih lanjut serta mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak sebab musabab perletakan jawatan tersebut dalam masa terdekat ini. Sementara itu, anak didik bDatuk Misbun Sidek iaitu Dato' Lee Chong wei turut menyatakan rasa kesal dan terkejut dengan tindakan jurulatihnya yang telah 6 tahun bersama untuk meletak jawatan. Nampak gayanya Dato' Lee yang akan berlepas ke Taiwan utk menyertai Kejohanan Masters tanpa jurulatihnya. Dato' Lee juga berkira-kira untuk menigkut jejak jurulatihnya itu keluar daripada BAM untuk terus mendapatkan khidmat Datuk Misbun sidek bagi melatihnya dalam misi mengejar pingat emas Olimpik, London.

Apakah kesudahannya??.....

Sunday, January 2, 2011

Memulakan bicara dengan Assalamualaikum

Assalamualaikum....baru belajar2 utk menulis dalam blog...sekadar suke2..hanya berkadar2..haha(ape bendalah)..sedikit sbnyak ttg aku, true fans of Arsenal FC, dan Pasukan N.sembilan..(Hoben Jang Hoben), aku gak peminat setia sukan tanah air tak kira ape jenis sukan sekalipun yang melibatkan Malaysia pasti akan ditonton (wlaupun kdg2 tgk kejap jer..haha), dan yang paling diminati semestinya sukan no1 di tanah tumpahnya darahku ini iaitu bola sepak..(Harimau Malaya, katenye nk tukar kpd Harimau Malaysia), xkesahlah...


Dalam Blog nie nati aku tulis pape saje yang aku suke terutama ttg sukan, tidak kira sama ada sukan tempatan atau sukan antarabangsa..(sbb aku mmg minat sukan).haha..mungkin ada sedikit sebanyak bukan ttg sukan..haha..tggu n lihat n baca n komen jela nati ek..hahah..

wokey lah..aku rase sampai disini dulu...akhir kata dari aku, 'Majulah Sukan Untuk Negara'.