Wednesday, January 5, 2011

Adakah Datuk Lee Chong Wei akan Turut Sama Keluar BAM?


Bermula semalam Kejohanan Masters Final super series telah berlangsung di Taiwan. Pemergian Lee Chong Wei kali ini tidak ditemani jurulatihnya iaitu Misbun Sidek. Namun misi untuk mempertahankan kejuaraan yang pernah dimenanginya tahun lepas akan tetap diteruskan walaupun tanpa jurulatihnya.

Sebelum pemergian Lee Chong Wei ke kejohanan itu, beliau ada berkira2 untuk mengikut jejak langkah jurulatihnya untuk meninggalkan BAM. Ini kerana sekiranya tanpa Misbun untuk melatihnya mungkin akan mejejaskan prestasi permainannya. Oleh itu, beliau berkata akan tetap menunaikan hajatnya untuk bersama2 dengan jurulatihnya keluar dari BAM. Sekiranya beliau berlatih dengan jurulatih yang baru, sedikit sebanyak akan memerlukan tempoh penyesuaian diri dengan corak latihan yg baru. Ianya akan merugikan masa dan mengganggu misi untuk menggapai Emas pertama di Olimpik London 2012 nanti.

Oleh itu, hasratnya itu akan tetap diteruskan sekiranya tiada jalan penyelesaian diantara BAM dan Misbun Sidek. Pertemuan antara Presiden BAM dengan Misbun Sidek juga tidak menampakkan jalan keluar yang baik. Sememangnya sesuatu tersimpan di lubuk hati Misbun yang dikatakan agak kecewa dengan pegawai dari BAM.

Adakah Datuk Lee Chon Wei akan mempertahankan kejuaraan tersebut dan dapat mengenepikan masalah yang dihadapi sekarang ini???

Adakah Datuk Lee Chong Wei akan meninggalkan BAM sekembalinya beliau dari kejohanan tersebut???

Sama2 lah kita nantikan kesudahan episod 'Perletakan Jawatan Misbun Sidek' tidak berapa lama lagi...

Sekian,..'Majulah Sukan Untuk Negara'

No comments:

Post a Comment